Nanokomposit sebagai sensor optikal

Sensor merupakan satu alat untuk mengesan perubahan yang berlaku di dalam sesuatu sistem. Sensor optikal pula merupakan alat yang mampu mengesan sebarang perubahan pada cahaya dan menukarkannya kepada isyarat elektrik. Menariknya, perubahan warna hasil daripada perbezaan intensiti cahaya dapat digunakan secara terus dan menjadikan ia lebih fleksibel. Pengubahsuaian ke atas komposit nanozarah perak dan grafen oksida menunjukkan nanokomposit mampu dijadikan sebagai alat untuk mengesan kehadiran merkuri. Tindakbalas merkuri dan nanozarah perak memberi kesan terhadap luas permukaan nanozarah perak dan menghalang Resonans Plasma Permukaan dimana hilangnya profil cahaya bagi perak. Lebih menarik lagi, perak hanya bertindakbalas dengan merkuri walaupun dengan kehadiran logam lain.

Perubahan profil cahaya membuatkan pengukuran secara terus dapat dilakukan. Larutan kuning nanokomposit nanozarah perak dan grafen oksida akan menjadi pudar setelah ia dicampurkan dengan larutan yang mengandungi merkuri. Kepudaran warna ini merupakan petunjuk bahawa sesuatu larutan itu telah tercemar atau mengandungi logam merkuri yang berbahaya bagi kesihatan. Seperti di dalam rajah, pengukuran melalui UV-Vis menunjukkan penyerapan intensiti bagi merkuri adalah 100% berbanding logam lain dan melalui mata kasar, perubahan warna dapat dikenal pasti secara langsung.

Perubahan intensiti penyerapan bagi nanokomposit nanozarah perak dan grafen oksida dengan penambahan 100 mM merkuri dan 500 mM logam berat lain. Fotograf perbezaan warna nanokomposit selepas penambahan beberapa logam berat yang berbeza

Dr. An'amt Bin Mohamed Noor